Assalamualaikum sahabat semua,
Oleh kerana ramai yg PM saya tanya bagaimana nak bimbing suami/isteri yang baru memeluk Islam / kembali kepada fitrah.
Saya rasa biar bidadari saya yang memberi pandangannya dari pengalamannya.
------------
Bukan senang berkahwin dgn mualaf kalau asas agama kita pon terumbang ambing.
Sebelum nak kahwin dgn saudara baru,
Betulkan niat kita . Kata pada diri sendiri ,
"Tujuan aku berkahwin ini kerana Mu Ya Allah. Bukan kerana nafsu . Bukan kerana dia cantik. Aku ingin berkahwin kerana ingin jadi perkahwinan ini jambatan asbab ke syurga bersama pasangan dan keluargaku"
Kita sebagai pasangan nya kena sentiasa top up diri kita dengan ilmu agama dan amalkannya.
Supaya mereka nampak contoh Islam paling dekat adalah pasangannya.
Kalau kita tak solat. Dia pon tak akan solatlah.
Jangan pula dia tak solat, kita pon ikut sekali tak solat.
Kalau kita tak puasa, dia pon tak puasa lah...
Kalau kita makan babi, dia pon makan babi lah..
Sebab dia ingat semua itu OK.
Semuanya bermula pada diri kita.
Jadi jgn ambil mudah kalau hendak berkahwin dgn MUALLAF , kerana tugas kita besar sebagai hamba Allah.
Allah pilih kita berkahwin dgn Muallaf kerana Allah nk tingkatkan ilmu agama dlm diri kita 😊 ia adalah anugerah dari Allah 🌹
-
= pandangan dari Mrs Adam Corrie = (bidadari Adam Corrie )
---------------------
senyum selalu
selalu bersangka baik
insyaAllah hati tenang
ADAM CORRIE